Translate

01 November 2017

Busana Miss Malaysia 2017 Bertemakan Nasi Lemak Telur Mata,

Busana Miss Malaysia 2017 Bertemakan Nasi Lemak Telur Mata, Apa Kata Anda? 


Jika tahun lalu menyaksikan Miss Malaysia Universe Malaysia mengenakan busana bertemakan menara berkembar KLCC seberat 10 kilogram, busana pada tahun ini diinspirasikan daripada menu popular Malaysia, nasi lemak telur mata.
Lengkap dengan 'sambal', 'ikan bilis goreng', 'timun' dan tidak ketinggalan, 'telur mata kerbau', busana dikenakan oleh Samantha Katie James ini adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan, Brian Khoo.
Bak pari-pari, rekaan Brian juga dilengkapi dengan daun pisang diletakkan dibahagian belakang 'gown' membentuk seperti sayap.
Brian semenjak pertengahan bulan ini agak berahsia dengan hasil rekaan beliau dengan hanya mendedahkan beberapa bahagian gaun yang akhirnya didedahkan sepenuhnya pada sebuah majlis semalam.

Menurut laman instagram beliau pada 19 Oktober lepas, Brian berkata, baju rekaannya disulami 30,000 manik yang dijahit satu persatu, bagi menghasilkan satu karya agung untuk digayakan Samantha semasa segmen busana petang pada pertandingan ratu cantik Miss Universe ke-66, di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Ternyata rekaan lain daripada lain ini mendapat ribuan perkongsian di laman sosial, yang disusuli dengan perdebatan dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen memuji hasil rekaan Brian yang mengetengahkan menu popular tempatan bagi tatapan di peringkat antarabangsa.
Apa kata anda?
- md

Source Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED