Translate

23 November 2016

Perkasa Ibrahim Ali tidak mahu turut serta dengan PPBM disebabkan parti berkenaan menjalin hubungan bersama DAP.


Mahathir Malu Ada Kawan Seperti Ibrahim Ali, Tak Sertai Pribumi Kerana Benci DAP


Details Published on Wednesday, 23 November 2016 10:26





KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa malunya terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang enggan menyertai parti yang baru ditubuhkan itu.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri ke-4 berkata, Ibrahim tidak mahu turut serta dengan PPBM disebabkan parti berkenaan menjalin hubungan bersama DAP.

"Saya malu. Dia adalah kawan saya, tetapi dia tidak mahu menyertai Pribumi kerana kami berkawan dengan DAP," katanya kepada pemberita, semalam.

Bercakap mengenai hubungan PPBM dengan DAP, Dr Mahathir berkata, parti teraju bekas musuhnya - Lim Kit Siang - tidak jahat sepertimana pendapat Ibrahim.

"Mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Mereka menerima kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan mereka juga menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang ingin menjadikan Perkasa sebagai parti politik, lantas bertanding menentang Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Ujarnya, beliau tidak mahu memutuskan hubungan bersama Ibrahim malah memberi peluang pemimpin Melayu memperbetulkan langkahnya.

"Dia patut menarik diri. Jangan pecahkan sehingga ada pertandingan tiga penjuru, empat penjuru," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas guru rugi RM82,000 tawaran buka kedai TikTok' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 9 mins ago
A visitor from San jose viewed ''Jangan lepaskan ikan asing di parit, sungai' - Ja' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AMK umum sokong Nurul Izzah se' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PGA serbu kilang haram, sita pelbagai mesin bernil' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 22 mins ago