Translate

02 September 2015

"Saya Punya Duit, Saya Punya Hal" Jawapan Lelaki Ini Selepas Ditegur Hisap Vape Di Pusat Membeli Belah

"Saya Punya Duit, Saya Punya Hal" Jawapan Lelaki Ini Selepas Ditegur Hisap Vape Di Pusat Membeli Belah


Tersebar hari ini dilaman sosial video seorang lelaki yang dikatakan telah menghisap vaper di tempat awam di mana dia telah menghembus asap di dalam pusat membeli belah lalu ditegur oleh sorang lelaki lain yang juga merupakan seorang vaper dan pemilik kedai menjual vape.

Lelaki yang menegur itu si pelaku berkenaan kerana sikap tidak sensetifnya menghembus asap di kawasan awam.

Bagaimanapun sipelaku tidak dapat menerima teguran berkenaan sebaliknya menjawab dengan nada yang agak sombong dengan ia hanyalah wap air.

" Ini saya punya hal, kalau you rasa you tidak puas hati you boleh panggil orang lain marah dektat saya, you tidak boleh cakap dengan saya apa-apa," katanya.

Berikut adalah kepsyen yang disertakan.

Saya ingin berkongsi insiden yang telah berlaku tadi di Daiso Sunway Pyramid. Saya terserempak dengan seorang vaper yang menghembuskan vapornya ke kalangan orang ramai di dalam shopping mall tanpa berasa sensitif terhadap pandangan orang ramai yang berada berhampirannya. Isteri dan 2 anaknya turut bersama vaper tersebut semasa insiden itu berlaku.

Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam shopping mall dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ. Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah. Kami sebagai vaper tengah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan vaping scene kami tetapi ada vaper yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan usaha kami semua. Dengan mengatakan bahawa mereka berbelanja dengan duit sendiri dan ia adalah hak mereka untuk vape dimana saja yang mereka mahu. Mereka juga tidak berminat sama ada kerajaan kami akan mengharamkan vaping atau tidak.

Sebagai seorang vaper, brewer dan pemilik vapeshop, saya berasa sedih dengan reaksi abang tersebut. Saya berharap kita semua dapat bekerjasama untuk menyelamatkan vape scene kita. Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan vaping etiquette yang betul.

VIDEO

Kerana  sifat dan perangai seperti inilah yang kita tidak mahukan, bukan sekadar lelaki yang merakam itu sahaja marah, sudah pasti para vaper dan mereka yang lain tidak menghisap vape pun akan marah.

Kerana sifat sebegini sudah pasti para vaper lain akan terkena tempiasnya, Bak kata pepatah ' kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED