Tak Perlu Ganti Tempat Che Ta Dalam AF 2015, Kata Ramli MS
Kerusi juri tetap Akademi Fantasia (AF) 2015 yang ditinggalkan Rozita Che Wan baru-baru ini tidak perlu digantikan dengan orang lain, demikian menurut Pengarah Muzik dan Pengkritik Tetapnya, Datuk Ramli MS.
Katanya ia sebagai menghormati pendirian dan keputusan yang dibuat oleh Che Ta.
“Saya bimbang jika digantikan dengan sesiapa, secara tidak langsung akan timbul persepsi umum yang mempertikaikan kewibawaan Che Ta sebagai pengkritik tetap sebelum ini.
“Ia seolah-olah seperti Che Ta tidak layak (jadi pengkritik) sehingga jadi isu begitu dan terpaksa digantikan pula dengan orang lain.
“Sedangkan dia dilantik atas kapasiti pengkritik umum yang mewakili suara dan pandangan orang awam. Cuma kebetulan Che Ta terkenal kerana dia seorang selebriti,” katanya memetik Harian Metro.
Bagaimanapun menyentuh kontroversi yang melanda program hiburan itu baru-baru ini,
“Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham," ujarnya dipetik mStar.
Keputusan penarikan diri yang dilakukan Che Ta berpunca daripada tindakan Edry yang mengherdiknya selepas salah seorang peserta, Sufi selesai membuat persembahan dan memberi komen gayanya tidak cukup rock. -Siakapkeli.my