Kes Kevin Morais : Polis Edar Rakaman CCTV Kemalangan
Pihak polis telah mengedarkan rakaman CCTV yang memaparkan kemalangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kereta yang dipandu Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais sebelum beliau dilaporkan hilang sejak 4 September lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil di balai polis berdekatan.
“Kemalangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kevin.
“Polis memerlukan maklumat temuramahnya daripada pemandu dan penumpang kereta Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian,” katanya memetik laporan dari TheRakyatPost.
Kemalangan terbabit berlaku kira-kira jam 7.51 pagi di Jalan Duta Mas. Orang ramai yang mempunyai meklumat kejadian boleh menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian . - Siakapkeli.my
Part1. Siapa yg ada info exiden dkt Jln Duta Mas KL pd 4/9/15 dlm 7.51pagi sila ke balai/call . @501Awani pic.twitter.com/VfNTNvUm4u
— HakimRahman (@abdhakimrahman) September 17, 2015