Translate

04 August 2015

Umno Johor- Jangan jadikan rasuah budaya parti


Jangan jadikan rasuah budaya parti, kata Umno Johor


Published: 4 August 2015 12:08 PM

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menulis di Facebooknya mengenai ahli Umno tidak seharusnya pertahan golongan tertentu atas nama taat setia. –


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berkata sudah tiba masanya parti Melayu itu mengambil langkah ke depan dan tidak lagi berdiam diri apabila rasuah mula menjadi budaya dalam parti itu.



Menulis di laman Facebook rasminya pagi ini, menteri besar Johor itu mengingatkan ahli Umno usah terus berdiam diri jika amanah yang diberikan kepada parti dan pemimpin sudah pun dikhianati.

Khaled di antara yang lantang bersuara mengenai kesetiaan dan tindakan ahli parti selepas pemecatan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ahli Parlimen Pagoh.


"Umno tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan.



"Umno tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.

"Umno tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin," kata Khaled hari ini.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wang itu merupakan sumbangan derma dan bukannya disalurkan daripada entiti berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khaled yang juga bekas menteri Kabinet itu berkata, sudah sampai masanya Umno bergerak beberapa langkah ke hadapan agar menjadi lebih proaktif dan lebih dominan.

Khaled berkata, ahli Umno juga tidak seharusnya digunakan untuk mempertahankan "golongan tertentu" atas nama taat setia kepada parti atau pemimpin.

Kenyataan Khaled dibuat seminggu selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet sebagai timbalan perdana menteri.

Muhyiddin antara yang aktif membangkitkan isu 1MDB dan mempersoalkan cara Najib dan kerajaan mengendalikannya.

Khaled adalah antara pemimpin kanan parti yang pertama menggesa akar umbi menghormati Muhyiddin walaupun selepas pemecatan, kerana beliau masih timbalan presiden Umno.

Beliau turut hadir semasa Muhyiddin mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Ahad lepas.

Hari ini, Khaled juga dilaporkan berkata, meskipun kecewa, beliau menerima keputusan pengguguran Muhyiddin kerana ia merupakan hak perdana menteri.

Khaled membuat kenyataan itu walaupun pemimpin Umno lain bercakap mempertahankan Najib.

Menteri yang baru dimasukkan ke Kabinet semula, Datuk Seri Azalina Othman berkata, RM2.6 bilion dalam akaun Najib bukan satu isu besar.

Selepas pengumuman SPRM semalam, pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan menulis di Twitter mengatakan ramai yang terpedaya apabila ada yang mengatakan perdana menteri mencuri wang 1MDB dan rakyat, merujuk kepada The Wall Street Journal (WSJ) yang pertama melaporkan dakwaan itu, laman web Sarawak Report dan pemimpin pembangkang.

Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, bukan satu jenayah untuk Najib menerima sumbangan politik dan memegang amanahnya bagi pihak Umno. – 4 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-bukan-untuk-bela-golongan-tertentu-kata-khaled-nordin#sthash.zw24qjSu.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED