Translate

25 July 2015

Seorang peragut menerima padah apabila berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di Kota Bahru


cc

Kota Bharu: Seorang peragut menerima padah apabila bukan sahaja gagal meragut rantai emas soerang wanita malah berjaya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai di Kubur Maras Langgar, di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu dikatakan suspek telah menyamar sebagai seorang pembeli serunding di kedai mangsa.

Semasa sedang leka bertanyakan harga dia telah cuba merentap rantai emas penjual wania berkenaan tetapi gagal menyebabkan wanita tersebut menjerit yang menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kedia tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Setapa Yusoff berkata, mangsa telah cuba merentap rantai penjual berusia 68 tahun itu.

"Mangsa menjerit minta tolong sebelum cucunya yang berusia 11 tahun tampil membantu.

“Suspek yang cuba melarikan diri dikejar penduduk sebelum dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis,” katanya. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED