Translate

30 July 2015

Cecair Vape Dipantau Untuk Elak Penyalahgunaan Dadah - Polis

KETUA JSJN DIARAH UTAMAKAN TANGANI ISU PERISA DADAH DALAM ROKOK ELEKTRONIK
Johor Baharu, 30 Julai - Polis mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh kontinjen memberi keutamaan dalam menangani isu kewujudan perisa yang mengandungi dadah dalam penggunaan rokok elektronik.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya berharap pelbagai maklumat mengenai isu tersebut dapat diperoleh sekali gus mengheret mereka yang terlibat ke mahkamah.
"Pasukan khas yang sudah ditubuhkan sedang menjalankan siasatan mengenai isu ini dan kita (polis) akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad.
Mohd Mokhtar berkata pihaknya dalam masa yang sama menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang penyalahgunaan bahan terlarang dan sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang negara ini.
"Sekejap secara tradisional, lepas itu sintetik dan kini melalui rokok. Benda ini (dadah) tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang binasa kepada diri dan negara. Nasihat saya, berhentilah daripada terlibat penyalahgunaan dadah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar turut menggesa orang ramai supaya mempertingkat kerjasama erat dengan polis dalam bersama-sama membanteras kegiatan jenayah.
Senjata yang paling canggih dalam membanteras jenayah adalah kerjasama yang erat antara anggota masyarakat dengan polis, katanya.
BERNAMA



JOHOR BAHRU: Sebagai usaha menangani penyalahgunaan dadah, kesemua kontinjen bahagian narkotik seluruh negara diarah memantau penggunaan cecair vape dan e-rokok, yang dikhuatiri mengandungi ganja atau sebarang jenis dadah.

“Polis melihat perkara ini dengan serius dan perlu mengambil langkah proaktif.

“Di peringkat persekutuan, kita telah mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat cecair vape dan e-rokok yang mengandungi ganja atau bahan terlarang yang lain," demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff sebagaimana memetik laporan The Rakyat Post.


Bukan itu sahaja, shisha juga akan turut dipantai selepas didakwa adanya kes menambah ganja dalam tembakau berperisa, kononnya menambah keseronokan merokok.

Sebelum ini polis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mempromosikan, membida atau menjual cecair vape yang mengandungi apa-apa dadah dan bahan terlarang, digunakan untuk e-rokok, boleh didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 22 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 6 hrs 32 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Petaling street stripper from Sabah arrested. Woma' 7 hrs 20 mins ago