KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya yang berada di tingkat 16 di Pangsapuri Sri Harmonis, Jalan Batu 6, Gombak di sini.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan apabil terlihat mangsa jatuh dan sempat berpaut di piring Astro sebelum tangannya terlepas.
“Dia menjerit minta diselamatkan sambil berpaut pada piring satelit televisyen. Saya segera berlari menuju ke tingkat 16 pangsapuri namun tidak sempat menyelamatkan nyawanya.”katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia terlihat tangan mangsa masih berpaut pada piring Astro sambil kakinya terjuntai. - Siakapkeli.my