Translate

27 July 2015

DPM MUHYIDDIN YASSIN Bukan Seorang Pengkhianat Tapi Memberitahu Kebenaran


PETIKAN DARIPADA

Selepas ucapan TS Muhyiddin Yassin malam tadi menjadi viral, maka sepantas kilat barisan truper dan penulis upahan terus melabel beliau sebagai PENGKHIANAT. Gagal terima kebenaran, adakah ini cara terbaik utk kembalikan sokongan rakyat kpd 'Boss' mereka? Artikel dibwh menyentuh isu ini. Selamat Membaca !
MUHYIDDIN BUKAN SEORANG PENGKHIANAT.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenali sebagai seorang ahli politik yang jujur dan sentiasa bercakap benar. Mungkin kerana hakikat itu, blogger pro-Datuk Seri Najib Razak panas punggung apabila Muhyiddin mula bercakap tentang sesuatu yang sudah lama menjadi isu di dalam Umno mutakhir ini.
Intipati ucapan Muhyiddin sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian semalam:-
- Umno/Barisan Nasional di ambang kekalahan jika sesuatu tidak dilakukan
- Sudah acapkali menasihati Najib untuk berundur daripada 1MDB
- Masalah 1MDB ini cukup besar dan meruncing
- Umno jangan cuba untuk selindungkan masalah
- Perubahan mesti dilakukan segera
- Tindakan terhadap The Edge adalah kurang bernas
- Rakyat semakin meluat dengan Umno/Pimpinan
Semua inti ucapan ini adalah perkara yang sedang bermain di minda rakyat. Kami mahukan jawapan, dan setakat ini yang kami dapat hanyalah permainan kata yang kosong dan dangkal.
Mesej Muhyiddin ini bukan pertama kali dikemukakan. Sebelum ini, dalam majlis tertutup di ILMU, Janda Baik (Pusat Latihan Umno) ianya pernah ditimbulkan. Muhyiddin dihentam kanan dan kiri.
Hari ini Muhyiddin digelar sebagai "pengkhianat".
Pengkhianat parti? pejuang negara?
Muhyiddin mungkin sedar, pilihan yang ada cukup terhad. Umno tidak boleh terus lena dengan sokongan jadi-jadian yang sedang lunak dilayan Najib.
Walaupun apa yang diperkatakan mungkin pahit dan mengecewakan ramai pihak, namun Muhyiddin bertanggungjawab bukan sekadar kepada 3.3 juta ahli Umno; tetapi 28.3 juta rakyat Malaysia.
Walaupun portal seperti MyKMU galak menggelar Muhyiddin sebagai pengkhianat, mereka juga harus sedar, inilah tugas ahli politik yang sebenar. Muhyiddin hanya menyatakan pandangan sebagai orang no 2 di dalam parti dan kerajaan.
Apakah Umno sudah tidak boleh menerima berita kebenaran?
Muhyiddin tahu akan risiko bila beliau berkata sedemikian. Tapi, jika itulah yang perlu ditempuh, pastinya beliau redha dan siap berhadapan dengan apa juga kesan.
Yang pasti, dengan lenggok bahasa jujur seperti ini, Muhyiddin tidak layak digelar sebagai pengkhianat.
Lenggok bahasa Muhyiddin adalah lenggok bahasa rakyat. Tanpa selindung, kami hanya mahukan kebenaran. Isu pokoknya, kebenaran yang tertangguh adalah pengkhianatan yang paling besar kepada negara.
Mungkin elok sahaja didedahkan Laporan Interim mengenai 1MDB kepada umum. Mungkin itu adalah jalan awal untuk kita menentukan samada Muhyiddin atau orang lain yang lebih khianat kepada Melayu dan negara.
Tak usahlah mudah melabel orang lain pengkhianat, jika pasukan sendiri lebih cenderung menipu dan membohongi rakyat.
Abraham Lincoln pernah berkata: "You cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today".
Muhyiddin hanya tidak mahu digelar sebagai seorang timbalan yang bodoh dan hanya mendengar kata. Kebenaran mesti disuarakan. Walaupun berisiko digelar pengkhianat. Zaman timbalan menjadi "yes man" sudah berlalu.
SELAMAT BERJUANG MUHYIDDIN!
Oleh Zasyaf Ishak


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED