Translate

25 July 2015

Berikutan kes pukul, bakar kereta dan paksa pencuri makan najis lembul, pihak polis menahan 5 lelaki untuk membantu siasatan. (video)



KUANTAN: Berikutan kes pukul, bakar kereta dan paksa pencuri makan najis lembu di Felda Jengka 17 yang menjadi viral beberapa hari lalu di media sosial, pihak polis telah berjaya menahan lima lelaki untuk membantu siasatan.

Menurut pihak polis kesemua mereka ditahan di Jengka 15 dan Jengka 17 semalam.

BACA: GAMBAR: Pencuri Lembu Dipaksa Makan Tahi Lembu, Dibelasah Dan Kereta Dibakar

Berdasarkan laporan kedua-dua pencuri lembu tersebut telah dikejarkan ke Hospital Bandar Jengka di mana seorang telah dibenarkan pulang manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi menjalankan pembedahan tangan.

Pihak polis sehingga kini mengesahkan belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian curi lembu dari kawasan tersebut.

Sebelum ini selepas video tersebut menjadi viral, ada penduduk dari kawasan berkenaan menaikkan komen mengatakan lembu dikawasan berkenaan dibiarkan berkeliaran di merata tempat yang membolehkan haiwan ternakan ini senang menjadi sasaran pencuri. -Siakapkeli.my

Tersebar dilaman sosial sejak semalam menunjukkan satu video(tidak disertakan) dan beberapa keping gambar yang agak kejam yang dirakam menunjukkan dua orang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri lembu.

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, kejadian tersebut berlaku di Felda Jengka 17 yang terletak di Pahang.



Apa yang dikatakan kejam dua lekai berkenaan telah dibelasah dan dipaksa oleh orang ramai memakan tahi lembu. Berdasarkan video jika mereka tidak makan tahi lembu berkenaan mereka akan dipukul.




Selain itu, kereta yang digunakan suspek turut dibakar kerana terlalu marah dengan tindakan lelaki berkenaan yang mencuri.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan terhadap pencuri tersebut kerana menyifatkan ia sebagai keterlaluan kerana memaksa mereka memakan tahi lembu.

Bagaimanapun kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pihak polis. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED