Translate

26 July 2015

Isteri diculik oleh seorang lelaki berkepala botak ke dalam sebuah kereta Perodua Viva berwarna perak.

Isteri Diculik Lelaki Berkepala Botak Guna Viva Warna Perak




Selangor - Satu kejadian culik telah dilaporkan oleh seorang pengguna Facebook Mohd Saifulizan Zamidin di sini pada 23/7/2015 di Taman Putra dekat sini.

Mangsa, yang juga isteri kepada pengadu dikatakan ditarik oleh seorang lelaki berkepala botak ke dalam sebuah kereta Perodua Viva berwarna perak.

Menurut laporan polis yang disertakan oleh pengadu, kehilangan isteri mula disedari oleh beliau apabila majikan isterinya menelefon beliau menanyakan dimana isterinya berada.

Pengadu kemudiannya cuba menghubungi nombor telefon isterinya tetapi dijawab oleh rakan sekerja isterinya.

Setelah itu, pengadu pergi ke tempat kerja isterinya dan seorang rakan kerja isterinya memberitahu dia ternampak seorang lelaki berkepala botak menarik tangan mangsa masuk ke dalam sebuah Perodua Viva.

Risau dengan keselamatan isterinya, pengadu telah meminta Siakapkeli untuk memviralkan perkara ini.

"As salam...Minta bantuan rakan2 seagama islam..isteri sahabat saya di culik pada jam 11 pagi hari khamis 23/7/2015 di premis gurdian taman putra ampang.suspek menaiki kereta perodua viva warna silver..no.plate xdpt.hanye gambar dapat membantu..mangsa pakai baju uniform warna oren gurdian bertudung hitam..harap dapat hubungi polis dan suami 0126050382." - tulis pengadu di inbox Siakapkeli.

Bersama mesej tersebut, pengadu turut melampirkan gambar isterinya untuk dijadikan rujukan.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pengadu di talian 012-6050382. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED