Translate

03 June 2015

Pembuli Kolej Vokasional Pahang Diserahkan Oleh Bapa-Bape Mereka Sendiri Ke Balai Polis




Berikutan penyebaran sebuah video kes buli yang terjadi di sebuah kolej vokasional di Bentong, Pahang, bapa kepada semua pembuli yang berada di dalam video tersebut telah bertindak nekad menyerahnya anaknya kepada pihak polis.






Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata ketiga-tiga pelajar berkenaan yang bermumur 15 dan 16 tahun telah diserahkan oleh waris masing-masing kepada  Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong..


Selepas menerima laporan polis, pihak polis telah bertindak emnghubungi ketiga-tiga bapa pelajar berkenaan meminta mereka menyerahkan anak masing-masing bagi membantu siasatan.

“Polis pada masa sama, turut mengambil keterangan mangsa berusia 16 tahun bagi membantu siastan kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihak polis mengesahkan punca kejadian adalah sama seperti yang didakwa pemilik Facebook yang memuatnaik video berkenaan iaitu kerana tidak berpuas hati kerana mangsa membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari telah dipecah.

Video berdurasi 22 saat itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam yang menunjukkan mangsa dipukul oleh rakan-rakannya yang berbaju melayu dan seorang tidak berbaju. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED