Translate

12 April 2015

Pelakon Hanez Suraya tidak terkejut apabila ada pihak menuduh dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemesraan bersama dua anak tirinya

Hanez Suraya Tidak Terkejut Dikritik Tunjuk Kemesraan Bersama Anak Tiri


PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya tidak terkejut apabila ada pihak menuduh dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemesraan bersama dua anak tirinya dengan memuat naik gambar mereka bersama di laman sosial Instagram.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, berkata, dia tidak terkesan dengan kata-kata negatif terhadap tindakannya itu kerana sudah lali dengan situasi tersebut.

"Saya sedar ada yang mengkritik tetapi beginilah, saya buat baik pun kena kata, benda negatif apatah lagi.

"Pada saya apa yang mereka hendak kata saya tidak kisah kerana benda itu bukan baharu buat saya," katanya kepada mStar Online.
Hanes turut membawa anak-anaknya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 di Genting Highlands.
Hanes melangsungkan perkahwinan dengan Romie Razin Adilha Abd Rais, 35, pada 14 Mac lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebelum ini, Hanez pernah mencetuskan kontroversi apabila dituduh menjadi perosak rumah tangga Romie bersama bekas isterinya Nurliyana Abd Manan sehingga dia mendapat kritikan hebat daripada peminat.

Tambah Hanes, dia juga tidak perlu menjelaskan sebarang tindakannya kepada pihak lain kerana paling penting peminat yang mengenalinya mengetahui siapa dirinya.

"Alhamdulillah disebalik semua kata cacian dan kritikan, saya masih ada keluarga dan peminat yang begitu menyokong. Itu sudah memadai," ujarnya.

Dalam pada itu, menceritakan kehidupan baharunya sebagai isteri Romie, Hanez berkata, dia masih menyesuaikan diri dengan alam rumah tangga yang hampir mencecah usia sebulan itu.

Hanes mengakui, dia berasa kekok apabila perlu meminta izin daripada suaminya sebelum keluar rumah bagi menyelesaikan sesuatu urusan.

"Dulu sebelum kahwin saya sudah biasa menguruskan kehidupan sendiri tetapi selepas kahwin saya perlu memikirkan tentang suami dan anak-anak.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada masa sama saya masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai karier lakonannya, Hanez berkata, dia masih lagi aktif sebagai pelakon malah ada menerima beberapa tawaran sejak berkahwin.

Bagaimanapun katanya, sebagai isteri dia harus berbincang dengan Romie terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Romie tidak mahu saya ambil sebarang tawaran tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu kerana bimbang watak diberikan tidak bersesuaian dengan status saya," ujarnya. —mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED