Translate

23 April 2015

Isteri kepada Awie iaitu Rozana Misbun memberitahu hidungnya retak serta dua tulang rusuk kirinya patah akibat dipukul suaminya

Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun memberitahu hidungnya retak serta dua tulang rusuk kirinya patah akibat dipukul suaminya itu tahun lalu. Kenyataan Rozana itu dilakukan di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Tambah Rozana lagi, Awie turut bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka  pada jam 1.30 petang tanggal 2 Jun 2014 yang terletak di Ukay Perdana, Ampang. Pertengkaran mula berlaku apabila Awie menuduh beliau mencuri wang milik suaminya itu meskipun berkali-kali menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga malangnya Awie tetap tidak percaya .
Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran.
Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung.
Rozana menjelaska perkara berkenaan bagi menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen pada hari kelima perbicaraan kes berkenaan. Perbicaraan tersebut didengar di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Awie juga bertindak ganas dengan menendang pada bahagian rusuk kiri Rozana  dan memijak badannya menggunakan kaki malah turut menendang mukanya ketika dia rebah.
Meneruskan keterangannya, Rozana berkata, Awie kemudiannya menarik rambutnya sebelum mengheretnya ke ruang tamu sebelum mukanya ditendang sekali lagi sehingga berdarah.
Saya ketika itu duduk di sofa dan dia tendang muka saya sekali lagi dan darah mengalir keluar dari hidung. Saya merayu kepadanya supaya menghentikan perbuatannya itu namun dia mengambil kayu ‘monopod’ dan menghayun ke bahagian kiri telinga saya dan batang berkenaan patah tiga.
Kecederaan tersebut dikenal pasti selepas Rozana menjalani rawatan di Hospital Pandan hasil ujian sinar X mendapati hidungnya retak dan dua tulang rusuk kirinya patah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 6 hrs 33 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 6 hrs 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 11 mins ago