12 SUSPEK DITAHAN, BAHAN LETUPAN DIRAMPAS
Kuala Lumpur, 26 April - Bahagian E8, Cawangan Khas berjaya menahan 12 suspek serta merampas bahan letupan di Hulu Langat, hari ini.
Kesemua suspek dipercayai sedang merancang untuk melakukan huru hara dalam negara.
Kejayaan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.