Translate

28 April 2015

Hanez Suraya Cuba Biasakan Diri Berhijab

Hanez Suraya Cuba Biasakan Diri Berhijab

..
Di laman Instagram miliknya, imej gambarnya bertudung sewaktu berada di sana seakan memberikan isyarat dan kebarangkalian bahawa dia mahu bertudung.
Sekembalinya dari menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah, kelmarin persoalan sama ada pelakon Hanez Suraya kini sudah tampil dengan imej bertudung terjawab.
Katanya, sejak menjejakkan kaki ke sana hatinya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak.
Malah dia juga sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajahnya. Disamping belajar cara melilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.
Bagaimanapun pelakon itu enggan terburu-buru membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hasrat bertudung atau sebaliknya.
"Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jalan sudah ada, sama ada saya nak teruskan atau tidak," kata Hanez.
"Saya tak berani nak cakap. Lagipun saya baharu saja pulang mengerjakan umrah. Untuk menghormati ibadat yang saya lakukan, saya masih membiasakan bertudung seperti di sana.
"Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak.
"Biar saya perlahan-perlahan mengikut 'rentak' baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu... nampaklah," katanya.
Hanez mengerjakan umrah buat pertama kali bersama suami tersayang Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah sejak 14 April lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 41 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 46 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi mem' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dakwaan projek Empangan Ulu Padas gagal tidak tepa' 48 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A picture of a woman taking a Topless "Selfie" res' 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 16 mins ago