Tadi kita dikejutkan dengan berita Zizan Razak memberitahu bahawa dia bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis dari Kuala Terengganu berusia 24 tahun Jun ini. Usia perkenalan mereka baru dua bulan.
Melalui Bi-POP selebriti yang dikenali sebagai pelawak dan pelakon itu mendakwa dia merana apabila pehubungannya putus dengan Emma Maembong dan mendoakan Emma bertemu insan terbaik memandangkan mereka berdua tiada jodoh bersama.
Ini sekaligus menghentikan desas desus bahawa Zizan merahsiakan bakal berkahwin dengan Emma kerana wanita itu juga berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Terengganu.
Hubungan kami putus selepas muncul bersama dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Sebelum itu, kami putus dan sambung semula pada awal Januari.Selepas berbaik, kami muncul bersama di AJL, tetapi nampaknya hubungan sukar dipulihkan. Awalnya saya sukar nak terima hakikat perpisahan. Saya merana! Ketika itu, saya tak mampu nak bangkit.
Zizan memberitahu sebelum ini dia tidak mampu menjawab persoalan mengenai status perhubungannya dengan Emma, sebaliknya menyibukkan diri dan mengisi masa terluang dengan pelbagai aktiviti untuk melupakan hakikat itu.
Namun begitu, dia dan Emma menjalin percintaan selama dua tahun serta mempunyai kelab peminat yang menyokong perhubungan mereka, tidakkah terasa ralat dengan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis yang baru dikenali hanya dua bulan?
Bohonglah saya tidak sayang. Kami bercinta dua tahun, sudah kenal hati budi. Bak kata orang, bila sayang, tinggal-tinggalkan. Jadi biarlah saya tinggalkan dia dengan kebahagiaan yang dikecapi.
Begitu ceritanya. Walaupun ramai mempersoalkan mengapa selama Zizan berhubungan cinta dengan Emma selama dua tahun dia tidak melamar Emma untuk bernikah, namun mengambil keputusan untuk berkahwin dalam kadar segera pula selepas putus dengan Emma tak sampai dua bulan, hanya mereka berdua dan Tuhan yang tahu jawapannya. Siapakah gadis yang bakal berkahwin dengan Zizan?
Kita tunggu pendedahannya nanti siapa gadis ‘cantik tanpa solekan’ yang bakal dinikahinya itu.