Translate

11 August 2014

Aktres Eina Azman nafi mahu kahwin dengan Gurmet kerana gelaran 'Datuk"

Eina nafi mahu kahwin dengan Gurmet kerana gelaran 'Datuk'

8 Ogos – Aktres Eina Azman menyangkal dakwaan yang mengatakan dia mahu berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan berketurunan Sikh, Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, hujung tahun ini kerana gelaran pangkat kekasihnya itu.
"Sejujurnya, saya mengenali Gurmet sebelum dia menerima gelaran Datuk Paduka lagi. Saya mencintai dan menyanyangi dirinya bukan disebabkan pangkat.
"Saya memilih dia kerana dirinya sendiri. Justeru saya rasa isu seperi ini tidak perlu timbul," katanya kepada Kosmo!
Sudah berpacaran hampir setahun, Eina memberitahu dia mula mengenali Gurmet sejak beberapa tahun lalu kerana dia merupakan kawan kepada abang saya.
"Saya mula mengenali Gurmet sejak beberapa tahun lalu. Dia merupakan kawan kepada abang saya. Namun sejak bulan Oktober tahun lalu, kami bertambah rapat dan hubungan sebagai sekadar kawan telah bertukar menjadi saya."
Tambah Eina lagi, kekasihnya itu seorang yang baik dan sangat menghormati keluarganya, malah Gurmet juga pandai menjaga hati kedua-dua ibu bapanya.

Dalam pada itu, Eina berkata, walaupun kekasihnya itu bukan beragama Islam, namun keluarganya sangat memahami dan kekasihnya juga banyak belajar mengenai cara hidup orang Melayu dan agama Islam menerusi rakan-rakannya.
Dalam perkembagan lain, Eina bakal muncul dengan tiga buah drama terbaru iaitu "Selamat Pengantin Madu", "Kondominium" dan "Cinta Yang Tertinggal".

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED