Translate

25 August 2014

Nad Zainal nafi serang Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama

Nad Zainal nafi serang Hefny Sahad

21 Ogos – Pelakon Nad Zainal telah menafikan dakwaan kononnya dia telah menyerang Hefny Sahad yang dikhabarkan bercinta dengannya di sebuah lokasi penggambaran drama "Maaf Jika Aku Tak Sempurna" pada Selasa lalu.
Dipetik daripada laporan mStar, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini terkejut dengan khabar angin tersebut kerana dia tidak pernah mengganggu aktor tersebut ketika dia sibuk di lokasi penggambaran.
"Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.
"Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta," ujar aktres berusia 24 tahun ini. Nad berharap isu ini tidak berpanjangan lagi kerana ia adalah khabar angin semata-mata.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 9 malam itu, Nad dikatakan telah menyerang Hefny di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur. Ia telah disaksikan oleh kru produksi drama berkenaan dimana Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik aktor itu tiba di lokasi penggambaran berkenaan.
Pasangan ini dipercayai bergaduh kecil sehingga membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai hubungan cinta.
Nad turut menegaskan perkara tersebut dan berharap isu ini tidak berpanjangan lagi.
"Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.
"Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.
"Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu," kata Nad lagi.
Hefny ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek," ujarnya.
Sebelum ini Nad pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Azwan Kombos sebelum Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan mereka selepas dia dan Nad bekerjasama dalam telefilem "Mengintai Syurga Mama".

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND "NEARLY" COME BACK FROM THE' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BARA NAGA | Co' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 55 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago