Translate

21 August 2014

Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel

Kerjasama Interpol berjaya cekup peserta ‘sukan bogel’, kata polis

Polis mendapat kerjasama penuh daripada polis antarabangsa (Interpol) dalam usaha mengesan rakyat asing yang disyaki menyertai pesta sukan bogel di Pantai Teluk Kampi di Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata kerjasama yang diperoleh daripada Interpol negara terlibat berjaya membantu polis mengesan mereka yang disyaki dan membuatkan mereka tampil bagi membantu siasatan
kes itu.
"Interpol Singapura banyak memberi bantuan termasuk maklumat kepada kami untuk membantu siasatan kes ini dan setakat ini dua rakyat negara itu tampil menyerah diri.
"Kami masih menunggu maklumat daripada Interpol Singapura, Myanmar dan Filipina bagi mengesan baki empat lagi rakyat asing yang dicari untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal, hari ini.
Acara itu hangat diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk "Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang" tersebar di laman sosial memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta
mengadakan acara sukan dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.
Setakat ini, 9 individu terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berusia 24 hingga 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Thaiveegan berkata kertas siasatan kes itu telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara dan polis kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya. – Bernama, 20 Ogos, 2014.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED