Translate

10 January 2014

Tyas Mirasih Kini Kawan Baik Sahaja Dengan Keith Foo

Tyas Mirasih Gembira Kalau Keith Foo Sudi Tonton 'Laga'


Sejak hubungannya dengan pelakon segak Keith Foo, aktres Tyas Mirasih memberitahu sehingga kini dia tidak lagi berhubung dengan bekas kekasihnya itu.
Namun aktres kelahiran Indonesia ini berkata dia dan aktor yang semakin melonjak namanya menerusi drama bersiri Ariana Rose itu tidak bermusuh sebaliknya mereka sebagai kawan baik. Malahan sebagai sahabat, Tyas berasa gembira sekiranya Keith Foo sudi meluangkan masa untuk menonton filem pertama lakonannya dibawah produksi Malaysia berjudul Laga.
"Saya tidak lagi berhubung dengan dia (Keith Foo). Tapi kami berpisah secara baik dan kami selesa hubungan sebagai sahabat. Dan saya dengan dia sukses di sini
.
"Saya tidak mempelawanya untuk datang menonton Laga malam ini. Tapi... iya, mudah-mudah kalau dia punya masa lapang, dia boleh juga menonton Laga. Saya gembira kalau dia sudi tonton lakonan pertama saya di Malaysia", kata Tyas Mirasih ketika ditemui pada tayangan media filem tersebut bertempat die@Curve, Damansara, malam tadi.
Keith FooKeith Foo
Ditanya seandainya ada tawaran daripada mana-maman produksi di sini yang mahu mengandingkan dia dan Keith, jawab Tyas, "Boleh. Saya tidak ada masalah. Kita profesional dalam bekerja".
Sementara itu mengenai filem Laga, Tyas berkata dia teruja apabila filem yang menga,bil masa dua tahun untuk ditayangkan ini akhirnya menemui para penonton. Bahkan Laga menjadi platform untuknya menapak nama di sini.
"Saya berharap ramai penonton menonton filem ini dan ramai juga yang boleh menerima lakonan saya. Mudah-mudahan filem ini sukses dan saya ada kesempatan lagi untuk bekerjasama dengan produksi di sini.
Dalam pada itu Tyas juga berkata dia sudah bersedia jikalau gosipnya bercinta dengan Syazwan Zulkifli diperkatakan semula apabila filem ini ditayangkan. Mengangap ianya lumrah sebagai anak seni yang tidak terlepas daripada cerita gosip, pun begitu Tyas menyifatkan sepanjang mengenali Syazwan sewaktu menjalani penggambaran filem ini, aktor itu seorang yang baik.

Begitupun, mereka berdua digosipkan bercinta sejak menjalani penggambaran Laga di Kuala Kangsar dua tahun lalu. Lebih-leboh lagi dalam filem itu mereka merupakan pasangan kekasih.
"Terpulang lah pada penonton tentang gosip itu. Tapi saya dan Syazwan hanya pasangan pelakon. Sepanjang mengenali Syazwan, dia seorang yang baik dan menyenangkan.
"Mulanya saya rasa tertekan juga mahu berlakon dalam filem ini kerana takut kami sukar mendapat keserasian. Tapi semuanya berjalan lancar. Syazwan juga banyak membantu saya" katanya yang memengang watak sebagai Maya dalam filem arahan Ismail Yaacob itu.
Laga menyingkap kisah dan maruah seorang lelaki bernama Hasan Laga yang diperakui kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan sabung ayam yang tiada tolok banding.
Tanpa dijangka, pada satu hari dalam satu pertarungan di medan sabung, Orang Kaya Dasuki berpeluan mencabar ketokohan dan mencalar maruah Hasan angkara rencana paling licik. Dalam pertarungan maruah itu, Ayu, isteri Hasan menjadi cagaran.
Namun helah kotor Orang Kaya Dasuki berjaya dihidu dan dipatahkan oleh anak didik Hassan iaitu Sabri. Maruah Hassan berjaya diselamatkan tetapi tercetus pula konflik lain.
Selain Tyas dan Syazwan, filem yang menelan kos RM2.8 juta ini diterajui oleh barisan pelakon hebat iaitu Wan Hanafi Su, Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Marsha Milan Londoh. Laga ditayangkan di pawagam mulai 23 Januari 2014.

- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED