Translate

29 January 2014

Atilia Tunda Kahwin Kerana Hormati Kematian Bekas Suami

Atilia Tunda Kahwin Kerana Hormati Kematian Bekas Suami

..
Penyanyi Atilia Haron pernah menunda perancangan untuk berkahwin pada tahun lalu kerana kematian bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, pada 7 Ogos 2013 akibat penyakit kanser hati.
Memetik kenyataan di mStar online, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana menghormati pemergian Ariff selain peristiwa itu meninggalkan kesan mendalam padanya.
"Saya pernah merancang untuk berkahwin selepas sambutan Hari Raya tahun lalu namun pemergian bekas suami sehari sebelum Aidilfitri telah menyebabkan ia ditangguhkan kerana menghormati kematian arwah.
"Hubungan saya dengan arwah sangat rapat walaupun kami telah bercerai dan selepas kematiannya ia amat meninggalkan kesan kepada saya dalam pelbagai sudut," katanya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Atilia berkata, dia kini sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan berharap perancangan untuk berkahwin terlaksana pada tahun ini.
Jelas Atilia, pada usianya sekarang dia mula memikirkan tentang masa depan dan mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.
"Saya sudah berusia 40 tahun dan perkahwinan adalah perkara yang saya fikirkan secara serius buat masa ini. Insya-Allah jika ada jodoh saya mahu berkahwin pada tahun ini," katanya.
Tambah Atilia, dia mengakui cemburu apabila rakan-rakan seusianya sering bercakap mengenai kehidupan yang sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak.

sumber : mStar online


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 37 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 2 hrs 35 mins ago