Translate

28 January 2014

Lana Nordin menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya sudah mempunyai pengganti baru yang juga seorang doktor.

27 Jan – Pelakon seksi, Lana Nordin menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya sudah mempunyai pengganti baru yang juga seorang doktor.


"Siapa yang cakap saya ada pengganti baru (ketawa)? Bagi saya sekarang pengganti baru saya adalah kerjaya dan fokus sekarang ditumpukan terhadap kerja.
"Mengenai doktor itu, apa yang boleh saya katakan taka da doktor yang beri bunga dan saya tak nak komen lebih mengenai perkara ini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut aktres kelahiran Kuching, Sarawak ini, walaupun serik dengan pengalaman baru-baru ini, namun ia tidak bermakna dia bersedia mencari pengganti baru dalam masa terdekat ini.
"Kalau saya kata saya tak mahu bercinta dalam masa terdekat dan tiba-tiba saya bercinta nanti orang kata saya hipokrit pula.
"Lagipun dari pihak saya tidak ada apa-apa masalah. Keluarga saya juga memahami dan mempercayai saya. Mereka tahu saya boleh berdikari dan melalui semua ini."
Sementara itu, walaupun sentiasa dihimpit kontroversi, Lana, 35, berkata, selepas apa yang berlaku rezekinya semakin murah.
"Alhamdulillah rezeki semakin murah. Kini saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul "Kata Hati" dan bakal menjalani penggambaran dua telefilem pada bulan depan.
"Selain itu, saya juga turut menjadi model bagi produk kesihatan khusus buat lelaki iaitu ADAM.
"Buat masa ini jadual saya memang sibuk dengan penggambaran. Rezeki awal tahun dan saya harap karier saya akan terus berkembang dengan baik tahun ini."

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED