Translate

30 January 2014

Qi Razali Belum Boleh Terima Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz

Qi Razali Belum Boleh Terima Aksi Intim Nelydia & Sharnaaz

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa
Sebagai seorang yang juga bekerja dalam bidang yang sama iaitu dunia lakonan, pelakon dan pengacara Qi Razali tahu sepatutnya tidak timbul soal cemburu di hatinya apabila kekasihnya Nelydia Senrose melakonkan beberapa aksi intim bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro.
Namun akui pelakon Friday I'm in Love ini, dia sebenarnya masih cuba menerima situasi tersebut. Lebih-lebih apabila Sharnaaz kerap memuat naik foto babak-babak yang menunjukkan kemesraan dia bersama Nelydia di laman sosial Instagram. Kata Qi dia tidak ada masalah apabila melihat gambar-gambar tersebut cuma kapsyen-kapsen romantis yang disertakan Sharnaaz pada gambar-gambar berkenaan secara tidak langsung melahirkan rasa bengang di dalam hatinya.
"Saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka.
"Tapi kapsyen-kapsyen pada gambar tu yang saya rasa tak patut ditulis sampai begitu sekali. Apapun, sekarang ni saya masih sedang cuba terima dan cuba untuk memahami situasi itu.
"Saya terkejut. Tambah-tambah bila ada kawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula saya sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya twit apa yang saya rasa pada ketika tu", kata Qi Razali kepada pihak media ketika ditemui pada sidang mediaSelebriti Materniti: Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.
Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas ekoran insiden tindakannya yang meluahkan perasaan berbaur bengang terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya, sebelum ini.
Bagaimanapun Qi memberitahu, dia ada menghubungi Sharnaaz dan meminta maaf kepada aktor itu atas tindakannya yang mungkin terlalu mengikutkan perasaan.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan dia dan Nelydia, Qi berkata hubungan mereka seperti biasa dan mereka masih lagi dalam proses untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
Tentang perancangan kahwin, Qi da Nelydia sepakat untuk menunggu sehingga majlis perkahwinan kakak buah hatinya iaitu Uqasha Senrose dan pelakon Pekin Ibrahim selesai.
"Alhamdulillah semuanya okay. Soal kahwin, tunggu Uqasha dan Pekin lepas dulu. Kemudian baru kami mula berbincang dengan keluarga. Laipun buat masa ni kami berdua masing-masing sibuk dengan penggambaran", katanya.
Dalam perkembangan lain, Qi sibuk dengan penggambaran sebagai host untuk dua program travelogue iaitu Destinasi Bajet AsiaArt Attack dan sebuah program masakan. Selain dia baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Piring Hitam dan Tahun Baru Luna.


- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED