Dihempap Pintu, Shah Rukh Khan Cedera Parah
- Details
- Published on Tuesday, 28 January 2014 08:13
Aktor Shah Rukh Khan yang dikatakan hanya mengalami sedikit kecederaan ketika terbabit dalam suatu kejadian di lokasi penggambaran filem, Happy New Year baru-baru ini sebenarnya parah.
Menurut saksi di tempat kejadian yang berlaku di Mumbai itu, Shah Rukh sedang berada di lokasi penggambaran filem terbaharu arahan Farah Khan, Happy New Year yang turut dilakonkan oleh Abhishek Bachchan, Sonu Sood dan Deepika Padukone.
"Entah di mana silapnya apabila secara tiba-tiba papan pintu yang berat tiba-tiba menghempap tubuhnya. Bahagian kanan kepalanya berdarah. Lutut kaki Shah Rukh turut cedera.
"Paling teruk, bahagian bahu Shah Rukh sudah melalui beberapa pembedahan. Ternyata, Shah Rukh sangat berasa sakit," ujar sumber.
MalaysianDigest