Nedim Nafi Mahu Kahwini Nora Danish
Lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish, Mohamed Nedim Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Nedim menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.
Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam.
-
Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan Allah, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang.
Walaupun begitu, Nedim mengakui Nora adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini. Kata Nedim lagi:-
Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas. Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya sepertinya. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka.Dulu orang gelar saya macam-macam tetapi Nora selalu mempertahan dan memperjelaskan perkara yang dia tahu dan nampak mengenai saya kepada peminat di luar sana. Saya terharu
sumber : Kosmo & Beautifulnara.com