Translate

16 January 2014

SHILA AMZAH AKAN BUAT KONSERT BULAN APRIL INI

Shila Amzah Tak Lagi Dibuli, Bakal Beri Kejutan Pada Peminat

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Pulang ke tanah air untuk beberapa minggu, Shila Amzah ada membawa perkhabaran gembira lagi mengujakan buat semua Shilalas (gelaran peminat) di Malaysia. Gadis berusia 24 tahun ini akan menunaikan janji akan merealisasikan konsert sulungnya yang bakal berlangsung pada April depan.

"Macam yang saya janjikan tahun lepas, saya akan adakan konsert berskala besar. InsyaAllah ia akan berlansung pada April nanti. Ada banyak kejutan dan banyak yang istimewa untuk peminat-peminat saya pada konsert itu nanti", katanya sambil tersenyum kemudian memberitahu maklumat lanjut mengenai konsert itu nanti akan diuar-uarkan sekitar bulan Februari nanti.
Shila atau nama penuhnya Nur Shahila Amir Hamzah ditemui pada sesi Ramah Mesra Bersama Shila Amzah bertempat di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.
Disamping itu, Shila turut berkongsi sikit mengenai pengalamannnya menjayakan konsert sempena sambutan Tahun Baru 2014 yang berlangsung di Shanghai pada malam menjelang 31 Disember lalu
Menurut pelantun lagu Masih Aku Cinta ini, penglibatannya untuk acara berkenaan pada tahun ini lebih menyeronokkan kerana dia tidak lagi dibuli seperti mana tahun sebelumnya.
"Sebenarnya memang jadi satu kebiasaan di sana kalau penyanyi baru, pasti akan dibuli sepanjang reheasal. Misalnya kami kena nyanyi banyak lagu dan kami kena kongsi make-up. Macam tahun lalu kami peserta-peserta Asian Wave yang kena buli.
"Tapi tahun ni peserta-peserta China Idol yang kena buli. Bestnya, tahun ni saya dapat bilik sendiri", katanya sejurus selepas pihak media dipertontonkan dengan video persembahannya di malam berkenaan.
Pada persembahan tersebut Shila mendendangkan dua lagu iaitu lagu A Moment Like This dan Houjiu Bujian (Dah Lama Tak Bertemu) yang menyaksikan dia berduet dengan pemenang China Idol, James.
Isu Difitnah Kahwin
..
Dalam pada itu Shila juga menjelaskan mengenai kontroversi yang mendakwa dia kononnya sudah berkahwin. Berita tersebut tercetus gara-gara satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.
Lebih mengecewakan Shila apabila ramai peminat percaya akan berita tersebut sedangkan ianya tidak benar. Sebaliknya kata Shila busana ala pengantin rekaan Rafey Nasir yang dipakainya itu sebagai mengkut tema persembahannya pada malam konsert tahun baru itu.
"Malam persembahan tahun baru tu ada slot bertema perkahwinan. Jadi itu yang saya tampil dengan pakaian tersebut. Tapi telah dieksploitasi menerusi satu akaun palsu Facebook yang mengeluarkan cerita tentang saya berkahwin.
"Ramai juga peminat yang percaya tentang berita tu. Dan bagi saya ia sesuatu yang memalukan dan mengaibkan saya. Saya tak buat laporan polis. Tapi saya nekad nak cari dalang siapa buat akaun itu dan saya serahkan semuanya kepada peguam saya untuk ambil sebarang tindakan terhadap individu atau kumpulan tersebut. Saya tak syak sesiapa tapi yang saya tahu akaun Facebook palsu itu sekarang ni dah deactivate-kan.
"Saya tahu akaun Facebook palsu tu sebenarnya dah lama wujud. Selama ni bukan tentang saya saja yang diletakkan di Facebook itu, kadang-kadang gosip yang tiada kena mengena dengan saya pun, mereka tepek kat situ. Sebelum ni saya memang tak ada akaun fanpage cuma baru-baru ni, pengurusan saya wujudkan fanpage rasmi saya, ShilaAmzahofficial", jelasnya.
Seperkara lain yang turut dikongsi, pada Disember lalu Shila ada menyertai sebuah pertandingan nyanyian, Sing For China iaitu pertandingan yang menampilkan para peserta bukan berbangsa China menyanyikan lagu penyanyi dari negara itu. Pada pertandingan itu Shila menyanyikan lagu Ji De (Remember nyanyi penyanyi A-Mei). Berentap dengan 10 peserta daripada 10 buah negara, bagaimanapun kali ini nasib tidak berpihak kepada Shila.
Selain itu, Shila juga tercalon dalam lima kategori World Music Award iaitu kategori World Best Female Artist, World Best Entertainer of the Year, World Best Live Act, Best Music Video dan Best Song (laguMasih Aku Cinta). Selain Shila, penyanyi Yuna dan Joe Flizzow juga turut mewakili Malaysia dan tercalon dalam beberapa kategori.
Pada Februari ini, Shila akan mewakili Malaysia untuk membuat di di sebuah festival Muzik (MIDEM). Difahamkan Shila bersama kumpulan Azlan & The Typewriter serta seorang penyanyi berbangsa Cina dan sebuah kumpulan muzik India akan membuat persembahan di acara festival muzik dunia yang akan diadakan di Perancis itu.

- mD
Malaysian Digest


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED