Translate

27 February 2025

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah



PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah

Bernama

27/02/2025


Anwar (kanan) menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat. -Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.

Anwar mendoakan kesejahteraan dan kedaulatan Sultan Kedah serta seluruh Kerabat Diraja.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan telah berkesempatan menyembah maklum kepada Sultan Kedah mengenai pembangunan negara dan negeri itu, selain menyentuh soal kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

"Usai sesi menghadap, saya menyertai Baginda Tuanku dan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari.

"Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan 'afiyah dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku," kata Anwar.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bagan serai viewed 'Kes Rayuan Syed Saddiq bermula hari ini | BEST FBK' 4 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Bella hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq | BES' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bella hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq | BES' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the ' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'FULL splashdown and recovery of NASA returning ast' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Teslas in Las Vegas set on fire and shot with guns' 41 mins ago