Translate

28 February 2025

PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah



PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah

Bernama

28/02/2025


Wan Aidie Amin (kiri) hadir ke mahkamah mewakili PPNP yang menghadapi petuduhan dalam Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran. -Sinar Harian


KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.

Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan pada 18 Jun 2024.

Jika sabit kesalahan, PPNP boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara.

Hakim membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

Pertubuhan itu yang diwakili bendaharinya Wan Aidie Amin Wan A. Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan di sini pada 2 petang, 18 Jun 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi dan Muhammad Taqiyuddin Azizan manakala PPNP diwakili Asiah Abd Jalil.

Muhammad Najmi Zaki berkata pihak pendakwaan tidak menetapkan sebarang jumlah jaminan dan meminta mahkamah menentukan atas budi bicara.

Sementara itu, Asiah memohon jaminan minimum dengan mengambil kira ia sebuah pertubuhan dan wang ikat jamin ialah wang pertubuhan selain kes berkenaan tidak melibatkan kerugian kepada hasil kerajaan negeri.

Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 4 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 6 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 6 hrs 13 mins ago