Translate

26 February 2025

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik



PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik

Astro Awani

26/02/2025


PKNS dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.


KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pencairan aset tanah di Bukit Broga, Semenyih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada syarikat Sutera Maya Resources Sdn Bhd, sebagai pelupusan aset strategik dan bernilai tinggi, disifatkan tidak tepat dan berasas.

PKNS dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Tambah PKNS lagi, langkah pencairan aset tersebut pada 2023 adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang PKNS untuk memperkukuh perniagaan teras, dan memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan yang lebih berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Pelupusan tanah Broga ini turut merangkumi tanah yang tidak boleh dimajukan, termasuk kawasan Hutan Simpan, tanah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kawasan cerun kritikal tahap 3 dan 4, serta kolam yang membataskan potensi pembangunan.

“Selain itu, tanah ini juga berdepan isu pencerobohan dan kewujudan struktur binaan haram di atas tapak. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menganggap tanah Broga sebagai aset strategik, memandangkan pelbagai kekangan fizikal dan perundangan yang membelenggu tanah tersebut,” katanya lagi.

Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa PKNS berdepan kerugian besar selepas menjual plot tanah Broga di Semenyih pada harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa.

Azmin yang kini Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangen Negeri (DUN) Selangor turut mendakwa kerugian yang ditanggung akibat eksesais tersebut dianggarkan antara RM95 juta hingga RM154 juta.

Beliau mendakwa, berdasarkan laporan mesyuarat PKNS pada Februari 2024, tanah Broga seluas 997 ekar terdiri daripada tiga plot dijual pada harga jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa, kepada syarikat yang berbeza nama, tetapi terdiri daripada pemegang saham dan lembaga pengarah yang sama iaitu Trans Loyal Development Sdn Bhd dan Sutera Maya Resources Sdn Bhd.

Dalam pada itu PKNS berkata, pencairan aset tersebut dilaksanakan tanpa sebarang kerugian, sejajar dengan nilai pasaran yang ditetapkan berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Tegasnya, sebarang dakwaan yang menyatakan pelupusan aset itu dilakukan di bawah nilai pasaran semasa adalah tidak berasas.

“PKNS juga ingin menegaskan bahawa proses pelupusan tanah ini telah dilaksanakan secara telus dan berlandaskan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kepentingan semua pihak terpelihara,” katanya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 10 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 36 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Woman dies in car collision with lorry | BEST FBKL' 2 hrs 11 mins ago