Translate

26 February 2025

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja



60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja

Bernama

26/02/2025


Wisma Putra mengesahkan bahawa operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.


KUALA LUMPUR: Seramai 60 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Kemboja dalam satu operasi yang dijalankan pada 22 Februari, kata Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengesahkan bahawa operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand. Selepas diselamatkan, individu-individu berkenaan dipindahkan ke pusat tahanan imigresen di Siem Reap untuk pemprosesan lanjut.

Lawatan konsul yang dijalankan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh mengesahkan bahawa semua individu berada dalam keadaan baik.

"Sehingga hari ini, 25 daripada mereka telah pulang ke Malaysia manakala 11 lagi dijadualkan untuk dibawa pulang pada 26 Februari. Dua puluh empat individu selebihnya akan dibawa pulang secara berperingkat dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga menjelaskan bahawa kumpulan 60 rakyat Malaysia ini adalah berbeza daripada kumpulan 15 rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, yang telah dihantar pulang dari Thailand pada Isnin (24 Februari).

Kementarian mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Kemboja atas bantuan dalam menyelamatkan mangsa dan memudahkan kepulangan mereka ke tanah air.

Dalam kenyataan yang sama, Wisma Putra mengulangi semula kebimbangan Malaysia terhadap ancaman yang semakin berkembang oleh sindiket penipuan pekerjaan rentas sempadan.

Sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, Malaysia komited untuk memperkukuhkan usaha serantau dalam memerangi pemerdagangan manusia, terutamanya dalam menangani penyalahgunaan teknologi oleh rangkaian sindiket jenayah itu.

"Ini selaras dengan Deklarasi Pemimpin ASEAN mengenai Pembentarasan Pemerdagangan Manusia Berpunca daripada Penyalahgunaan Teknologi, yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 pada 2023.

"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Negara-Negara Anggota ASEAN dan rakan luar untuk meningkatkan kapasiti teknikal, memudah cara perkongsian pengalaman, mempromosikan pertukaran maklumat, dan melaksanakan amalan terbaik bagi memerangi pemerdagangan manusia dengan berkesan," kata kenyataan itu.

Walaupun usaha serantau adalah penting, kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan di luar negara agar berwaspada dan menyemak kesahihan tawaran pekerjaan melalui saluran rasmi bagi mengelak menjadi mangsa skim penipuan.

Rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di luar negara digalakkan untuk segera mendapatkan bantuan daripada perwakilan diplomatik Malaysia yang terdekat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 26 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 8 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 8 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 8 hrs 51 mins ago