Translate

27 February 2025

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia



Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia

Bernama

27/02/2025


Anwar (tengah) mengadakan perbincangan dua hala bersama Shoigu (empat, kiri) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Gambar/ Bernama


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.

Ketibaan Shoigu di bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu kira-kira pukul 10.15 pagi dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Shoigu kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Rusia ke Malaysia Nail Latypov.

Tahun lepas, Anwar mengadakan lawatan ke Rusia untuk menghadiri forum ekonomi dan berucap bersama-sama Presiden Vladimir Putin.

Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion (US$3.1 bilion), berbanding RM12.3 bilion (US$2.79 bilion) yang direkodkan pada 2022.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'DUA INDIVIDU BERTOPI SAMBAR BARANG KEMAS | BEST FB' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mula' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Papagomo Mohon Maaf Kepada KPN | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Anak Empat Terlepas Hukuman Mati | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suami isteri didakwa salah guna kuasa untuk dapatk' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Warga Nigeria mengaku tidak bersalah gigit telinga' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi cuma bercuti, bukan letak jawatan - Menteri' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 51 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Saiful Apek mengaku dia individu ditahan polis di ' 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang ' 57 mins ago