Translate

28 February 2025

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah



Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah

Bernama

28/02/2025


Fuziah memantau harga bawang merah selepas merasmikan pembukaan sebuah pasar raya di Indera Mahkota, Kuantan, pada Khamis. - Gambar Sinar Harian.


KUANTAN: Bazar Ramadan Rahmah (BRR) akan dianjurkan di 95 lokasi di seluruh negara termasuk enam di Pahang, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, BRR antara lain bertujuan menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga lebih berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual pada harga tidak melebihi RM5.

"Kita juga akan memberi subsidi sewa tapak bazar bagi mengurangkan kos perniagaan mereka yang terlibat," katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan sebuah pasar raya di Indera Mahkota, di sini, pada Khamis.

Fuziah berkata, enam lokasi BRR di negeri ini ialah di bazar Ramadan Mahkota Square di sini, bandar Jerantut, Taman Temerloh Jaya (Temerloh), Muadzam Shah (Rompin), Dataran Kerayong (Bera) dan bandar Raub.

Beliau berkata, BRR turut mengambil langkah proaktif menggalakkan perniagaan berkonsepkan digital khususnya melalui Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI).

Menurut Fuziah, langkah itu bertujuan meningkatkan pendedahan peniaga dan pengguna kepada kemudahan e-wallet dan pembayaran tanpa tunai.

Sementara itu, beliau memaklumkan, penguatkuasaan berkaitan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), termasuk dari segi penetapan harga bahan makanan itu.

Fuziah ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan dalam isu beras import yang dicampur dengan beras putih tempatan (BPT). - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Arah Pembinaan Kuil Dihentikan | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 41 mins ago
A visitor from Hessen viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago