Translate

26 February 2025

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut



Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut

Bernama

26/02/2025


Pekerja pembersihan yang menyedari objek tersebut adalah bom lama yang tertimbus segera melaporkan penemuan itu di Balai Polis Kinarut. - Sinar Harian


PAPAR: Sebutir bom yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis Unexploded Ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif telah ditemukan di tapak pembinaan berdekatan Kilang Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, semalam.

Ketua Polis Daerah Papar Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada pukul 1.30 tengah hari.

"Bom itu ditemukan ketika kerja mengorek tanah menggunakan jengkaut sedang dijalankan. Pekerja terbabit kemudian mengorek secara perlahan sehingga berjaya mengeluarkan objek berkenaan dari dalam tanah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pekerja terbabit yang menyedari objek tersebut adalah bom lama yang tertimbus segera melaporkan penemuan itu di Balai Polis Kinarut.

Katanya sepasukan pegawai dan anggota polis segera dikerahkan ke lokasi bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

"Beberapa jalan raya di kawasan berhampiran ditutup bagi mengelakkan orang awam melalui kawasan itu sementara persiapan dilakukan untuk memusnahkan bom tersebut secara terkawal di lokasi kejadian hari ini," katanya.

Beliau berkata Jabatan Kereta Api Negeri Sabah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penerbangan, Sabah Electricity serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut memberikan kerjasama dan nasihat sebelum letupan dilaksanakan pada jam 10.30 pagi tadi.

"Saya menyeru masyarakat supaya segera menyalurkan maklumat kepada polis di talian 088-912222 atau balai polis berhampiran sekiranya menemui objek mencurigakan yang berpotensi membahayakan keselamatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 5 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 26 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 55 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed '20 kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran d' 55 mins ago