Translate

26 February 2025

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan



DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan

Bernama

26/02/2025


Dr Zaliha (tengah) bercakap pada sidang media selepas sesi taklimat berkaitan Bazar Ramadan dan Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan di Pullman Kuala Lumpur, hari ini. -fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk membatalkan lesen dan menyenarai hitam peniaga yang menjual tapak sewaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Peniaga diingatkan untuk tidak menggunakan khidmat pembantu warga asing dan memastikan suntikan tifoid diambil untuk mengelakkan keracunan makanan dan penularan penyakit.

DBKL menyediakan 3,567 tapak sewaan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini, dengan kadar caj RM500 untuk bazar Ramadan dan RM2,700 untuk bazar Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

"Sekiranya ada aduan berkaitan perkara itu dan didapati benar ia berlaku, DBKL akan ambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pihak iaitu pemberi lesen (yang menjual tapak kepada pihak ketiga) dan penerima (yang menyewa di atas tapak sewaan) dengan membatalkan lesen mereka dan kita akan senarai hitam.

"Ini satu amaran keras kerana kali ini kita mahu supaya pelaksanaan (bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur) dilakukan secara betul selain usaha untuk membantu golongan peniaga kecil," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Media berhubung Bazar Ramadan dan Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di sini hari ini, yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata setakat ini DBKL belum menerima sebarang aduan berkaitan cubaan untuk penjualan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada pihak ketiga.

Pada masa yang sama, beliau berkata orang ramai juga boleh membuat aduan kepada DBKL mahupun polis sekiranya mengetahui ada mana-mana pihak mahu menjual atau melelong tapak sewaan bazar tersebut kepada pihak ketiga agar tindakan segera boleh diambil.

Selain itu, beliau turut mengingatkan peniaga di tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri supaya tidak menggunakan khidmat pembantu warga asing sebagai pekerja kerana ia telah ditetapkan dalam perundangan kecil DBKL.

"Pemotongan cagaran 100 peratus daripada kadar caj sewaan tapak juga akan dikenakan sekiranya didapati peniaga bazar tersebut menggajikan pekerja warga asing sama ada yang memiliki dokumen sah atau sebaliknya.

"Selain itu, suntikan tifoid sangat penting kerana sekiranya tiada suntikan itu mungkin boleh menyebabkan keracunan makanan serta penularan penyakit, dan saya minta supaya perkara ini dimasukkan sebagai syarat utama untuk potong cagaran 100 peratus sekiranya peniaga tidak mengambil suntikan berkenaan," katanya.

Kadar caj bagi bazar Ramadan tahun ini ialah RM500 termasuk cagaran RM200 manakala caj bagi bazar Aidilfitri ialah RM2,700 termasuk cagaran RM2,000.

Dalam perkembangan sama, Dr Zaliha berkata setakat ini permohonan lesen berniaga di lot sewaan tapak bazar Ramadan serta Aidilfitri yang telah diluluskan hampir penuh.

DBKL menyediakan 3,567 tapak sewaan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini membabitkan 42 lokasi yang meliputi 40 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 40 mins ago