Translate

27 February 2025

Tragedi rentung lima beranak: Sistem pendawaian elektrik bukan punca kebakaran - Bomba



Tragedi rentung lima beranak: Sistem pendawaian elektrik bukan punca kebakaran - Bomba

Bernama

27/02/2025


Pada 13 Feb, media melaporkan lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam, Jasin dipercayai berlaku pada 1.40 pagi. - Gambar fail


MELAKA: Kebakaran rumah yang menyebabkan lima beranak rentung di Kampung Berangan Enam, Jasin, baru-baru ini, disyaki berpunca daripada kemalangan dan bukan disebabkan sistem pendawaian elektrik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz bagaimanapun berkata butiran lanjut punca kebakaran belum dapat didedahkan kerana penemuan siasatan perlu dirujuk kepada agensi lain iaitu polis dan Jabatan Kesihatan.

"Di peringkat JBPM Melaka, kita telah ada penemuan berkaitan punca kebakaran dan telah dibawa ke Mesyuarat Pelaporan Penyiasatan Kebakaran, tetapi kita perlu berbincang dengan dua lagi agensi bagi memastikan kesahihan.

"Apa boleh saya katakan ialah kebakaran itu bersifat kemalangan dan kita perlu sedikit masa sebelum pengesahan dibuat serta diumumkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2025 JBPM Melaka di sini hari ini.

Pada 13 Feb, media melaporkan lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak rentung dalam kebakaran sebuah rumah separa kekal di Kampung Berangan Enam, Jasin dipercayai berlaku pada 1.40 pagi.

Mereka ialah Laila Fathinah Mustapa, 37, dan anak-anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.

Suami Laila Fathinah, Muhammad Khairuddin Sa'ari, 35, bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 19 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 19 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Seorang lagi Tan Sri ditahan, be' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 7 mins ago