Translate

28 February 2025

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok



Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok

Bernama

28/02/2025


Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


PUTRAJAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax untuk tujuan tersebut.

"Pembayar cukai hendaklah memastikan mereka telah mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing.

"Pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2024," menurut kenyataan itu.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, LHDN menyarankan tindakan set semula kata laluan dengan log masuk ke portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar > Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula sebelum pautan untuk membina kata laluan baharu dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.

Maklumat lanjut berkenaan Program Menfail BN Bagi Tahun 2025 bagi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagitahun-2025.pdf dan https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bank Pembangunan Malaysia muktamadkan pengambilali' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 30 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 50 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Red Shirts Chief Jamal Yunos remanded for two days' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'A female member of the People’s Volunteer Corps (R' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Kyiv viewed 'Japan's police have arrested Hideyuki Noguchi, 54,' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Mangaon viewed 'Happy Birthday Singapore ! - Highlights of The Nat' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Central viewed 'PATRIOT disgusted with latest political events whi' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Perth viewed 'A civil servant, identified as a militant recruite' 2 hrs 44 mins ago