Translate

27 February 2025

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar



Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar

Bernama

27/02/2025


Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jalan Kerdas, Gombak di sini antara Februari dan Julai 2023. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya, dua tahun lepas.

Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya yang berusia 12 tahun pada waktu kejadian, antara Februari dan Julai 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hukuman sebat. Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM18,000 dengan syarat tambahan, tetapi hakim menetapkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan yang sama.

Hakim menetapkan 8 April depan untuk sebutan kes seterusnya.

Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jalan Kerdas, Gombak di sini antara Februari dan Julai 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menyara dua anak.

Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir yang menetapkan 8 April depan untuk sebutan kes, membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pembelaan Najib tutup kes, mahkamah tetap 21' 11 mins ago
A visitor from Washington viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 21 mins ago
A visitor from Edison viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 21 mins ago
A visitor from New york viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pengundian tamat, pengiraan und' 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 1 hr 45 mins ago