Translate

28 February 2025

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac















Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac

28 Februari 2025

Jawatankuasa Hilal Ramadan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa ketika Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1446 Hijrah di Menara Kuala Lumpur. Foto NSTP


PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 4 hrs 23 mins ago