Translate

27 February 2025

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah



PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah

Bernama

27/02/2025


Anwar (kanan) menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat. -Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.

Anwar mendoakan kesejahteraan dan kedaulatan Sultan Kedah serta seluruh Kerabat Diraja.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan telah berkesempatan menyembah maklum kepada Sultan Kedah mengenai pembangunan negara dan negeri itu, selain menyentuh soal kesejahteraan serta kebajikan rakyat.

"Usai sesi menghadap, saya menyertai Baginda Tuanku dan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari.

"Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan 'afiyah dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku," kata Anwar.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 12 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 15 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 28 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 56 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia hantar 50 anggota pasukan ban' 1 hr 14 mins ago