Translate

26 February 2025

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC



Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC

Bernama

26/02/2025


MOTAC mengingatkan agensi pelancongan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan.

Pada masa sama, syarikat berkenaan dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar.

"Setakat ini, MOTAC telah menerima lapan aduan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM180,116 terhadap syarikat pengendali umrah berkenaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Akta 482 berhubung perubahan material dalam pakej umrah yang ditawarkan," menurut kenyataan itu.

MOTAC turut mendapati rekod terdahulu telah menunjukkan syarikat berkenaan telah dikompaun sebanyak dua kali.

Sementara itu, MOTAC mengingatkan agensi pelancongan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab dan mematuhi semua peraturan ditetapkan untuk mengelakkan tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan.

Pada 14 Jan lepas, kecoh di media sosial apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas apabila penerbangan mereka ke Tanah Suci ditunda syarikat pengendali umrah berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 44 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 1 hr ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega' 1 hr 51 mins ago