Translate

27 February 2025

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia



Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia

Bernama

27/02/2025


Prabowo (tengah) melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. - Gambar Pejabat Presiden


JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto pada Rabu secara rasmi melancarkan perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia yang akan menyediakan perkhidmatan deposit emas, menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Berucap pada majlis di Jakarta Pusat, Prabowo menyatakan, perkhidmatan perbankan bulion baharu yang ditawarkan oleh PT Pegadaian dan Bank Syariah Indonesia dijangka menyumbang IDR 245 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan 1.8 juta pekerjaan baharu.

"Indonesia yang memiliki rizab emas keenam terbesar di dunia, buat pertama kalinya akan mempunyai bank bulion. Kami berharap ini akan mempercepat simpanan dan meningkatkan rizab emas negara," katanya, dengan acara itu disiarkan secara langsung oleh Sekretariat Presiden.

Menurut Prabowo, pengenalan perkhidmatan perbankan bulion dijangka mengoptimumkan industri pemprosesan emas Indonesia dari huluan ke hiliran, menjimatkan pertukaran asing serta menjadi alat kawalan kestabilan monetari melalui kecairan emas.

Beliau turut menekankan bahawa pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun.

Penubuhan perkhidmatan perbankan bulion itu mengikut Peraturan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan No. 17 Tahun 2024, yang menetapkan syarat ekuiti minimum sebanyak IDR 14 trilion bagi institusi yang terlibat dalam perniagaan bulion.

Bank Syariah Indonesia menerima lesen pada 12 Feb 2025 manakala PT Pegadaian memperoleh lesennya pada 23 Dis 2024. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 5 hrs 13 mins ago