Translate

28 February 2025

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi



Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi

Bernama

28/02/2025


Felda akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul.


KUALA LUMPUR: Faktor kerugian dua syarikat subsidiari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebanyak RM165 juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023, disebabkan pembayaran faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings Berhad.

Felda dalam kenyataan semalam memaklumkan kerugian itu juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.

"Dalam laporan yang sama, sembilan lagi syarikat subsidiari Felda merekodkan keuntungan.

"Felda komited untuk terus pastikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan dengan mengambil langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta mengurangkan risiko kewangan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Felda akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 5 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kertas siasatan kes buli pelajar MRSM dihantar ke ' 9 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 22 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Jangan ceroboh tanah Pahang - Al-Sultan Abdullah |' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 50 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 56 mins ago