Translate

20 September 2024

Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad



Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad

Bernama

19/09/2024

Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept). - Foto hiasan/BERNAMA

PUTRAJAYA: Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).

Ia adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Taman Daya, Johor dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan di Larkin yang masing-masing dapat menampung kapasiti 800 dan 400 kenderaan sehari.

Pada masa ini, lokasi pemasangan tag RFID VEP hanya di VEP Collection Center (VCC) Danga Bay dengan kapasiti 300 kenderaan sahaja.







Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pertambahan dua lokasi itu berupaya untuk meningkatkan lagi jumlah pemasangan tag tersebut kepada 1,500 kapasiti sehari.

"Usaha ini adalah untuk memudahkan pemasangan tag RFID VEP ke atas pemilik kenderaan Singapura yang telah membuat pendaftaran VEP secara dalam talian dan dibantu dengan pegawai JPJ di lokasi tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

JPJ-RFID 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

Untuk rekod, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Okt ini.

Justeru, pemilik kenderaan motor asing diseru segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa masuk dan keluar dari Malaysia pada masa akan datang.

Pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag RFID VEP boleh layari melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my.

Pelaksanaan penguatkuasaan tersebut adalah selaras dengan Subseksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada dalam Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED