Translate

05 September 2024

Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

 Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap malam tadi

Nasional  Dicipta: 05 September 2024 07:50 AM  


SHAH ALAM, 5 September- Tidak sampai 24 jam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, buaya yang ditemukan mendiami Taman Tasik Seksyen 7 dekat sini berjaya ditangkap, malam tadi.


Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata buaya berkenaan dikesan memasuki perangkap sekitar jam 10.20 malam, ketika pemeriksaan dijalankan anggotanya.


Beliau berkata berikutan kejayaan tersebut Perhilitan Selangor akan mengadakan pemantauan susulan selama dua hari dan kawasan berkenaan akan ditutup bagi tempoh sama pada waktu malam, bagi memastikan tiada buaya lain di dalam tasik itu.


"Alhamdulillah operasi telah selesai dijalankan dan kita berjaya menyelamatkan buaya tembaga sepanjang 1.68 meter dengan anggaran berat sekitar 15 ke 20 kilogram.


"Faktor utama kejayaan operasi ini sebab kita berjaya kosongkan kawasan rekreasi ini pada waktu malam, jadi kurang gangguan membuatkan dia termakan dengan umpan ayam segar yang kita letakkan," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan di sini semalam.


Mohd Adib berkata buaya tersebut akan ditempatkan di Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor dan akan melalui proses kuarantin bagi memastikan reptilia itu tidak membawa sebarang penyakit. -BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED