Translate
29 July 2024
Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia
Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus inspirasi kontinjen Malaysia
Bernama
29/07/2024 07:40 MYT
Pearly Tan-M Thinaah (gambar) berjaya menghidupkan peluang ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas mengejutkan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A, di Paris, 28 Julai 2024. --fotoBERNAMA
PARIS: Aksi cemerlang beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah membenam pasangan nombor enam dunia dari Jepun Matsumoto-Wakana Nagahara mewarnai dan menyemarakkan semangat kontinjen Malaysia pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Beregu ranking ke-13 dunia itu mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif untuk bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16 ke atas juara dunia 2018 dan 2019 tersebut pada aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.
Kejayaan itu, sekali gus kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke suku akhir selepas akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 17-21, 20-22, pada aksi pembukaan pada Sabtu.
Namun, juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, berdepan misi wajib menang menentang beregu ranking kesembilan dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada aksi terakhir peringkat kumpulan maut itu, Selasa ini.
Dua pasangan teratas kumpulan layak ke suku akhir.
Kemenangan itu terus memberikan inspirasi kepada kem badminton negara apabila beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan slot ke suku akhir selepas mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam peringkat kumpulan.
Pemenang pingat gangsa pada edisi Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan apabila dengan mudah mengatasi Adam Dong-Nyl Yakura dari Kanada 21-10, 21-15 dalam aksi Kumpulan A.
Namun, juara dunia 2022 itu, berdepan cabaran sengit menentang beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, hari ini, dalam penentuan juara kumpulan yang akan memudahkan laluan mereka di peringkat kalah mati nanti.
Pada aksi Kumpulan G beregu campuran, Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22 dan bakal menerima tentangan sengit daripada juara Asia, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China hari ini.
Arena megah dengan kapasiti 8,000 penonton itu, turut menyaksikan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memulakan misinya untuk mengapai emas Olimpik dengan menundukkan pemain nombor 70 dunia dari Sri Lanka,Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam Kumpulan G.
Selepas rehat sehari, beliau akan turun berdepan pemain nombor 62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, yang membuat penampilan kelima di Olimpik.
Namun, nasib berbeza buat kem memanah recurve negara apabila trio Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil dalam acara berpasukan wanita di Invalides.
Mereka tersingkir dengan kekalahan 3-5 kepada kepada trio Indonesia, Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia pada pusingan penyingkiran 1/8 dan seterusnya berharap untuk melangkah jauh dalam acara individu bermula Selasa.
Sementara itu, cabaran kontinjen negara di kolam renang Arena La Defense berakhir semalam selepas perenang berusia 18 tahun, Tan Rouxin sekadar meraih kedudukan ke-33 dengan catatan satu minit dan 12.50 saat (s) pada saringan 100 meter (m) kuak dada wanita, sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir.
Pada Sabtu, Khiew Hoe Yean turut menamatkan saingan pada saringan 400m gaya bebas lelaki.
Pada hari ketiga temasya hari ini, bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei akan membuka kempen acara perseorangan wanita dengan menentang pemain Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam saingan Kumpulan H.
Dalam pada itu, Ketua Kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan peserta kontinjen dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengulas laporan bahawa Pusat Media Utama (MPC) di Palais de Congres di sini, ditutup sementara pada Sabtu kerana ancaman letupan.
Selain 26 atlet dan 40 pegawai kontinjen negara, katanya seramai 25 pengamal media dari Malaysia terdiri daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), pemegang hak siaran serta petugas media kontinjen dan organisasi berita antarabangsa sedang bertugas di Paris.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4476)
-
▼
Jul 2024
(273)
- Rasuah RM110 Juta: Tiga Ditahan Termasuk Datuk
- Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad...
- Hamas leader Ismail Haniyeh assassinated by Israel...
- Defamation case: Federal court denies leave, Jamal...
- Police record statement from father of 12-year-old...
- "Macam tak boleh percaya." Reaksi Pearly Tan & M. ...
- Maid not a punching bag, two women ordered to ente...
- Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebes...
- Malaysia hopes China will reciprocate the 30-day v...
- Two children dead, nine injured in stabbing at dan...
- Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam ada...
- Penganggur ada 9 rekod lampau ubah pengakuan tak b...
- Bekas ahli perniagaan dipenjara empat tahun terima...
- Dua anggota polis IPD Kajang didakwa peras ugut wa...
- New regulatory license for social media platforms ...
- High Court rules navy cadet’s death a homicide, re...
- Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus ...
- Malaysia has applied to join BRICS, says Anwar
- Wanita hamil 8 minggu didakwa tipu jual emas, iPho...
- Olympics 2024- Countries by population v/s number ...
- BELANJA SAKAN GUNA KAD ATM ORANG 🔴KEJADIAN DI SEC...
- Cuaca Buruk Paksa Feri Langkawi Berpatah Balik
- Kit Siang dianugerah pingat Datuk Seri
- AR Rahman evokes nostalgia with hits of the 90s at...
- Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon rem...
- Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada M...
- Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada...
- Russia and China welcome Malaysia's membership in ...
- Defence in Zayn Rayyan's death ordered to report c...
- Nor Azizah diumum Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang
- Personaliti Tv, Khadijah Dan Otto Diijab Kabul
- Bekas Menteri Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman men...
- Olympics 2024: In Paris for the opening ceremony
- NAMA ZAYN RAYYAN DITUKAR, PEGUAM IBUNYA MAHMUD JUM...
- Paris Olympics: arson attacks bring chaos to Frenc...
- MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 jut...
- Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa...
- Why foreign police are patrolling the Paris Games
- US arrests Mexican drug lord 'El Mayo' and El Chap...
- Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanj...
- Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal ...
- Police link Nur Farah Kartini Abdullah’s killing t...
- Malaysian contingent to wear Rizman Ruzaini at 202...
- Harith and Jezamine speak to press after divorce p...
- RM2 million Stolen: Bank staff transferred money t...
- A police officer armed with a Taser kicked and sta...
- Albertine abduction: Five suspects have no connect...
- Nepal Crash Sole Survivor Rose From Ashes As Other...
- Rubber tapper claims trial to two charges of rapin...
- Pelacur Berpakaian Kostume Anime Menangis Teresak-...
- Secret Service director Kimberly Cheatle RESIGNS A...
- Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
- CrowdStrike says bug in quality control process le...
- The President of Indonesia will start working from...
- Govt pays over RM936 mln for claims under MySalam ...
- SULTAN IBRAHIM DITABAL DALAM ISTIADAT PENUH TRADISI
- Plane crashes in Nepal: 22 victims found
- Feri ikonik Pulau Pinang tengelam akibat tali peng...
- AirAsia expands operations to Subang Airport, fly ...
- Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
- 7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan a...
- 20,000 CCTV cameras needed to monitor crime and tr...
- Six-year-old girl reported missing in Johor found ...
- Lelaki disamun di simpang jalan rugi RM200,000, wa...
- KES BUNUH ZULFARHAN | Enam Bekas Penuntut UPNM Dih...
- Harith Iskander & Jezamine Lim Clear The Air | Exc...
- Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi diko...
- SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
- Kisah 10 Bilionair Culas Bayar Cukai, Menteri Lema...
- The death toll from demonstrations in Bangladesh h...
- Govt to bring back Malaysians in Bangladesh - PM
- Philippines' Marcos orders closure of offshore gam...
- Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat...
- KDYMM SULTAN BRUNEI & KDYMM RAJA ISTERI BERKENAN B...
- RTM Facebook content wrongly translated by Faceboo...
- Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KP...
- Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara ...
- President Joe Biden dropped out of the 2024 presid...
- Former lecturer, contractor charged in Johor with ...
- Police nab reckless Penang driver after chase in B...
- PERSADA TAKHTA NEGARA ; DOKUMENTARI KHAS
- Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam...
- Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan ke...
- Tinggalkan lokasi insiden pelanggaran, APMM giat k...
- Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta s...
- Economy grows 5.8%, Malaysia emerges as a mighty n...
- Dewan approves 5 bills to make Forest City a duty-...
- Keberangkatan Tiba Yang Di-Pertuan Agong & Permais...
- Top UN court says Israel's occupation of Palestini...
- Installation ceremony of 17th YDP Agong of Malaysi...
- Global IT outage hits banks, airlines, supermarkets
- AirAsia's core reservation, check-in system affect...
- CROWDSTRIKE: GLOBAL IT OUTAGE NOT CYBERATTACK BUT...
- KLIA TERMINAL 2 CROWDED DUE TO GLOBAL TECH OUTAGE
- Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah ...
- Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri deng...
- Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompa...
- Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan ...
- Biden tests positive for COVID, will self-isolate ...
- King attends 266th Conference of Rulers
-
▼
Jul 2024
(273)