Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Bernama
26/07/2024
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan LCS. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan Ahmad Ramli, 80, selepas mendapati isu kecergasan mental pemohon untuk dibicarakan dan membela diri (dalam kes dihadapinya) harus disiasat oleh hakim bicara.
"Oleh itu, permohonan pemohon untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan itu ditolak dan kes dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk hakim bicara membuat penilaian berhubung kecergasan mental pemohon," katanya.
Bekas Panglima Tentera Laut itu menerusi peguamnya memfailkan notis usul pada April lepas untuk membatalkan ketiga-tiga pertuduhan dihadapinya dan memohon agar beliau dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan atas alasan adalah tidak adil untuk beliau dibicarakan dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Anak perempuan pemohon, Rinnie Nor Ahmad Ramli, 50, dalam afidavit sokongannya menyatakan bahawa setelah menjalani pemeriksaan perubatan, bapanya telah disahkan mengalami keadaan progressive neurodegenerative dan keadaan ini konsisten dengan moderate mixed dementia (nyanyuk).
Menurut Rinnie, bapanya tidak akan berupaya untuk menumpukan perhatian kepada apa yang berlaku semasa perbicaraan atau soalan-soalan yang mungkin dikemukakan kepadanya selain tidak berupaya untuk mengingati peristiwa-peristiwa atau apa yang telah dibangkitkan semasa perbicaraan.
"Pemohon tidak berupaya untuk memberi arahan-arahan yang tepat dan efektif kepada peguam-peguamnya dan wujud kemungkinan besar kesihatan pemohon akan terjejas akibat perbicaraan," katanya dalam afidavit itu.
Rinnie berkata bapanya juga mempunyai batu-batu hempedu yang menyebabkan beliau sakit abdomen dan disebabkan umurnya, pemohon menghadapi risiko yang besar sekiranya melakukan apa-apa pembedahan untuk membuang pundi hempedu dan batu-batu hempedu berkenaan.
Sementara itu, menerusi afidavit balasan difailkan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa hakim bicara tidak berpeluang untuk mengetahui keadaan kesihatan Ahmad Ramli kerana beliau hanya hadir ke mahkamah sebanyak dua kali iaitu pada 16 Ogos 2022 sewaktu dituduh dan semasa sebutan kes pada 21 Nov 2022, manakala pada tarikh-tarikh lain, peguam telah memohon agar tertuduh dikecualikan kehadirannya di mahkamah.
Prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zander Lim Wai Keong, manakala Ahmad Ramli yang dikecualikan kehadirannya di mahkamah diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Alex Tan Chie Siam dan Mohd Yunos Shariff.
Mahadi ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata 30 Julai ini ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen.
Pada 5 Feb lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Ahmad Ramli untuk menggugurkan tiga pertuduhan berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai Pengarah Urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah terhadap harta terbabit dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited, Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di tingkat 17, Menara Boustead, Jalan Raja Chulan antara 26 Julai 2010 hingga 25 Mac 2011.
Beliau juga didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation, The Overseas-Chinese Banking Corporation Limited, Chulia Street, OCBC Centre, Singapura tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS di lokasi sama antara 19 April 2011 hingga 4 Mei 2011.
Bagi pertuduhan ketiga, Ahmad Ramli berdepan dakwaan meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd, Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapura di tempat sama antara 28 Okt 2010 hingga 22 Nov 2010.
Ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, hukuman sebat tidak boleh dikenakan terhadap pesalah perempuan dan lelaki yang berusia lebih 50 tahun.
-- BERNAMA
Translate
26 July 2024
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Popular Posts - Last 7 days
-
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis Astro Awani 21/12/2024 KUALA LUMPUR: Ibu Pe...
-
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok Bernama 24/12/2024 Dua lelaki ditahan itu mendakwa ingin pulang ke negara asal, India ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
NSRC successfully blocked RM19 million from being transferred in online fraud cases - PM Bernama 03/12/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim say...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Banjir: Ratusan rumah dinaiki air di Ipoh, penduduk dakwa kali pertama sejak lebih 25 tahun Astro Awani 01/12/2024 Penduduk di Taman Arena K...
-
Ananda Krishnan leaves behind indelible mark in corporate Malaysia Bernama 28/11/2024 Ananda Krishnan will be remembered as a pioneer who tr...
Blog Archive
-
▼
2024
(5621)
-
▼
Jul 2024
(273)
- Rasuah RM110 Juta: Tiga Ditahan Termasuk Datuk
- Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad...
- Hamas leader Ismail Haniyeh assassinated by Israel...
- Defamation case: Federal court denies leave, Jamal...
- Police record statement from father of 12-year-old...
- "Macam tak boleh percaya." Reaksi Pearly Tan & M. ...
- Maid not a punching bag, two women ordered to ente...
- Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebes...
- Malaysia hopes China will reciprocate the 30-day v...
- Two children dead, nine injured in stabbing at dan...
- Kandungan WhatsApp kenaikan gaji penjawat awam ada...
- Penganggur ada 9 rekod lampau ubah pengakuan tak b...
- Bekas ahli perniagaan dipenjara empat tahun terima...
- Dua anggota polis IPD Kajang didakwa peras ugut wa...
- New regulatory license for social media platforms ...
- High Court rules navy cadet’s death a homicide, re...
- Olimpik Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah cetus ...
- Malaysia has applied to join BRICS, says Anwar
- Wanita hamil 8 minggu didakwa tipu jual emas, iPho...
- Olympics 2024- Countries by population v/s number ...
- BELANJA SAKAN GUNA KAD ATM ORANG 🔴KEJADIAN DI SEC...
- Cuaca Buruk Paksa Feri Langkawi Berpatah Balik
- Kit Siang dianugerah pingat Datuk Seri
- AR Rahman evokes nostalgia with hits of the 90s at...
- Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon rem...
- Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada M...
- Sepasang kekasih ditahan ketika cuba lari daripada...
- Russia and China welcome Malaysia's membership in ...
- Defence in Zayn Rayyan's death ordered to report c...
- Nor Azizah diumum Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang
- Personaliti Tv, Khadijah Dan Otto Diijab Kabul
- Bekas Menteri Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman men...
- Olympics 2024: In Paris for the opening ceremony
- NAMA ZAYN RAYYAN DITUKAR, PEGUAM IBUNYA MAHMUD JUM...
- Paris Olympics: arson attacks bring chaos to Frenc...
- MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 jut...
- Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa...
- Why foreign police are patrolling the Paris Games
- US arrests Mexican drug lord 'El Mayo' and El Chap...
- Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanj...
- Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal ...
- Police link Nur Farah Kartini Abdullah’s killing t...
- Malaysian contingent to wear Rizman Ruzaini at 202...
- Harith and Jezamine speak to press after divorce p...
- RM2 million Stolen: Bank staff transferred money t...
- A police officer armed with a Taser kicked and sta...
- Albertine abduction: Five suspects have no connect...
- Nepal Crash Sole Survivor Rose From Ashes As Other...
- Rubber tapper claims trial to two charges of rapin...
- Pelacur Berpakaian Kostume Anime Menangis Teresak-...
- Secret Service director Kimberly Cheatle RESIGNS A...
- Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
- CrowdStrike says bug in quality control process le...
- The President of Indonesia will start working from...
- Govt pays over RM936 mln for claims under MySalam ...
- SULTAN IBRAHIM DITABAL DALAM ISTIADAT PENUH TRADISI
- Plane crashes in Nepal: 22 victims found
- Feri ikonik Pulau Pinang tengelam akibat tali peng...
- AirAsia expands operations to Subang Airport, fly ...
- Aedy Fadly dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu
- 7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan a...
- 20,000 CCTV cameras needed to monitor crime and tr...
- Six-year-old girl reported missing in Johor found ...
- Lelaki disamun di simpang jalan rugi RM200,000, wa...
- KES BUNUH ZULFARHAN | Enam Bekas Penuntut UPNM Dih...
- Harith Iskander & Jezamine Lim Clear The Air | Exc...
- Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi diko...
- SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
- Kisah 10 Bilionair Culas Bayar Cukai, Menteri Lema...
- The death toll from demonstrations in Bangladesh h...
- Govt to bring back Malaysians in Bangladesh - PM
- Philippines' Marcos orders closure of offshore gam...
- Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat...
- KDYMM SULTAN BRUNEI & KDYMM RAJA ISTERI BERKENAN B...
- RTM Facebook content wrongly translated by Faceboo...
- Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KP...
- Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara ...
- President Joe Biden dropped out of the 2024 presid...
- Former lecturer, contractor charged in Johor with ...
- Police nab reckless Penang driver after chase in B...
- PERSADA TAKHTA NEGARA ; DOKUMENTARI KHAS
- Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam...
- Dua anggota polis trafik direman bantu siasatan ke...
- Tinggalkan lokasi insiden pelanggaran, APMM giat k...
- Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 9.48 juta s...
- Economy grows 5.8%, Malaysia emerges as a mighty n...
- Dewan approves 5 bills to make Forest City a duty-...
- Keberangkatan Tiba Yang Di-Pertuan Agong & Permais...
- Top UN court says Israel's occupation of Palestini...
- Installation ceremony of 17th YDP Agong of Malaysi...
- Global IT outage hits banks, airlines, supermarkets
- AirAsia's core reservation, check-in system affect...
- CROWDSTRIKE: GLOBAL IT OUTAGE NOT CYBERATTACK BUT...
- KLIA TERMINAL 2 CROWDED DUE TO GLOBAL TECH OUTAGE
- Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah ...
- Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri deng...
- Komen lucah isu khatan bayi, tiga individu dikompa...
- Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan ...
- Biden tests positive for COVID, will self-isolate ...
- King attends 266th Conference of Rulers
-
▼
Jul 2024
(273)