Translate

25 July 2024

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang



Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang

Bernama

24/07/2024
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam. - Foto Polis Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun dikenali Nurul Aishah Farhana Azni yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata laporan mengenai kehilangan Nurul Aishah Farhana dibuat oleh bapa mangsa pada 12.42 tengah hari tadi di Balai Polis Batang Kali.

"Nurul Aishah Farhana dipercayai dilihat kali terakhir di Kedai Makan Sakon Thai, Jalan Mahagoni 7/1A Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.







Mohd Asri berkata Nurul Aishah Farhana berkulit cerah dengan ketinggian antara 150 hingga 155 sentimeter serta anggaran berat 50 hingga 55 kilogram.

Remaja itu kali terakhir dilihat berpakaian kemeja-T berwarna biru gelap, berlengan panjang, berseluar hitam dan memakai sandal berwarna coklat cerah serta bertudung hitam.

"Polis menyeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai remaja ini supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat jenayah Insp Muhammad Saiful Abdul Rahman di talian 03-60641222 dan talian Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di 03-60641223," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melbourne viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 29 mins ago
A visitor from London viewed 'Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan appointed as th' 41 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Manchester viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 4 hrs 48 mins ago