Translate

31 July 2024

Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhadap ahli lembaga pengarah syarikat



Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhadap ahli lembaga pengarah syarikat

ASTRO AWANI

31/07/2024

Sumber rapat dengan Istana Pahang mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat pada 26 Julai lalu. - Gambar fail/ istanapahang.my

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang individu yang didakwa menggunakan gelaran 'Datuk Seri' palsu dari Pahang.

Ringkasan AI

Individu Didakwa Menggunakan Gelaran Palsu: Laporan polis dibuat terhadap individu yang menggunakan gelaran palsu Datuk Seri dari Pahang. Sumber mengesahkan laporan ini dibuat pada 26 Julai lalu.

Belum Dikurniakan Darjah Kebesaran: Individu tersebut, yang merupakan Lembaga Pengarah syarikat, masih belum dikurniakan secara sah Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

Siasatan Oleh JSJK Pahang dan Bukit Aman: Kes ini sedang disiasat oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang dan Bukit Aman. Sumber menegaskan penggunaan gelaran palsu bertentangan dengan undang-undang Negeri Pahang. Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk menghormati titah Sultan Pahang dan menjaga nama baik institusi beraja dan negara.




Sumber rapat dengan Istana Pahang ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan bahawa laporan tersebut telah dibuat pada 26 Julai lalu.







Jelas beliau, semakan mendapati individu terbabit yang merupakan ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat masih belum dikurniakan secara sah Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

"Bila dia belum dikalungkan darjah kebesaran tersebut, maka kita mengambil berat perkara itu dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Saya difahamkan kes masih disiasat oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang dan Bukit Aman. Hari ini (polis) telah membuat rakaman percakapan dengan pihak penama terbabit ," katanya hari ini.

Sumber tersebut menambah tindakan individu berkenaan menggunakan gelaran palsu adalah bertentangan dengan Seksyen 6 Undang-Undang Negeri Pahang melibatkan Pengisytiharan Gelaran, Pangkat Kemuliaan, Pangkat Kebesaran dan Kurniaan Negeri Pahang 2019.

Dalam masa sama, beliau meminta semua pihak menghayati titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar penerima darjah kebesaran menjaga nama baik institusi beraja dan negara.

Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berhubung laporan tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 3 hrs 2 mins ago